Indah berbalam si awan petang, 

 Berarak di celah pepohon ara;

 Pemanis kalam selamat datang, 

Awal bismillah pembuka bicara

 

Assalamualaikum. 

 

Selamat melayari laman web Unit Kimia Kejuruteraan  Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Laman web ini dibangunkan sebagai respon kepada matlamat Pengarah Kolej Teknikal  Kedah yang inginkan setiap warga kerja kolej ini mesra ICT.  Di samping itu kewujudan laman web ni diharap dapat membantu mewujudkan persekitaran P & P yang terkini sejajar dengan perkembangan ICT di negara ini.

 Unit Kimia kejuruteraan Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah adalah salah satu unit akademik yang ada di kolej ini. Sebagai makluman, mata pelajaran kimia kejuruteraan adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar di kolej matrikulasi teknikal yang mewakili lima (5) jam kredit. Secara ringkasnya, sesi pembelajaran pelajar dibahagikan kepada 3 sesi pertemuan iaitu kuliah, tutorial dan juga praktikum.

Unit Kimia Kejuruteraan Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah adalah satu unit akademik yang sangat dinamik dan cemerlang serta mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi. Banyak program-program bersifat akademik telah berjaya dilaksanakan. Antaranya Program 'Chem Buddy Assist', Program Indikator Kemajuan Akademik Pelajar (PIKAP), Psikoakademik Kimia, Program Chemistry Final Touch, Program SPARKS,  Bengkel Pengajaran Cemerlang Kimia, Wacana Ilmu dan banyak lagi. Hasilnya telah dibuktikan dengan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi bagi semester 1 sesi 2012 / 2013 yang mencatatkan 100 % pelajar lulus dan seramai 129 orang pelajar pelajar mendapat skor A.

Laman web ini mengandungi beberapa halaman yang memberikan informasi berkenaan unit Kimia Kejuruteraan. Setiap seorang pensyarah unit Kimia Kejuruteraan mempunyai halaman sendiri yang boleh digunakan sebagai medium perantaraan dengan pelajar dalam kelas masing-masing. Laman web ini juga akan menjadi hab capaian kepada aplikasi atas talian lain bagi memudahkan urusan pengurusan kerja seharian. Semoga laman web ini akan sumber yang sangat berguna kepada para pensyarah dan pelajar untuk mencapai kecemerlangan.

Anda adalah pengunjung ke :

Website counter