AL-CHEMIST On Line

Assalammualaikum WBT dan salam perpaduan

Tiada kata yang pantas untuk diucapkan kecuali memanjatkan puji syukur kehadrat Allah SWT yang telah melimpahkan segala rahmat, taufik, dan hidayahnya kepada kita sekalian. Sehingga kita masih dapat menikmati anugerah terindah.

Kimia adalah cabang ilmu sains yang menyeluruh,menarik,unik dan menyeronokkan. CHEMISTRY IS QUEEN OF SCIENCES. Kimia adalah kombinasi ilmu  fizik, biologi dan juga matematik. Didalamnya kita diajar bagaimana mengira arus elektrik, mengkaji molekul yang terdapat dalam bahan makanan, membuat pengiraan pengamiran dan pembezaan bagi menerbitkan formula. Semuanya disitu,semuanya satu. 

Ini jadual waktu saya untuk semester I sesi 2013/2014. 

Hey, ada chemistry antara kita? Chemistry boleh kita terjemahkan sebagai perasaan kita tehadap sesuatu. Keserasian adalah kimia. Kalu kamu suka sidia, kamu mesti ada chemistry bila bercakap dengannya. Kesimpulannya, untuk belajar menyukai seseorang kena belajar kimia dulu. Hehehe...

5 Tips Bangkitkan Semangat Belajar kimia

1.      Katakan I love Chemistry
Ya, katakana  minat pada kimia, kata-kata menjadi dorongan kepada apa usahakan. Rasa keseronokan setiap kali berada di dalam kelas kimia. Rasakan keterujaan bila membuat latihan kimia. Rasa selalu rindu untuk belajar kimia dan tidak jemu untuk mempelajari Kimia. 

2.      Fahami konsepnya
Hafal suatu konsep itu perlu, akan tetapi, memahami konsep itu lebih penting. Jika anda hanya hafal suau konsep maka akan mudah lupa. Namun, jika anda memahami konsep maka konsep itu tidak mudah hilang dalam ingatan sehingga anda dengan mudah “memanggil kembali” ketika menghadapi permasalahan yang berkaitan dengan konsep tersebut. Kimia kejuruteraan khususnya banyak formula yang anda perlu hafal. Jadi sebelum dihafal,lebih baik kiranya anda fahami konsepnya terlebih dahulu. Tak kenal, maka tak cinta.

3.      Ingat-ingat rumus Kimia
Tidak dapat dinafikan bahawa beberapa rumus kimia memang perlu dihujung jari anda. Jadi, buatlah senarai rumus yang perlu dihafal untuk setiap bab dalam bentuk peta minda. Tentu tidak sekadar menghafal rumus-rumus itu, tetapi memahami prinsip dasar dari rumus tersebut. Kalau anda sekadar menghafal rumus, anda akan menemukan kesulitan saat rumus itu mengalami “modifikasi” untuk keperluan pemecahan soal-soal terentu. 

4.      Perbanyakan latihan 
“Leaning by doing” itulah cara yang tepat untuk mengasa keterampilan mengerjakan soal-soal kimia. Meskipun anda hafal prinsip dasar dan rumus kimia, tetapi jika jarang berlatih mengaplikasikan rumus rumus tersebut, jangan harap anda mahir mengerjakan soal-soal kimia. Sering-seringlah berlatih mengerjakan soal-soal kimia untuk keterampilan memecahkan permasalahan-permasalahan Kimia.

5.     Carilah pembimbing yang tepat
 Carilah rakan pembimbing yang sesuai dari kalangan rakan anda sendiri yang mahir subjek kimia. Seperti fasilitator dalam program Chem Buddy Assist. Anda juga boleh datang terus bertanya dengan pensyarah kimia anda. Kami sememangnya sentiasa menunggu soalan dari anda. 
Ringkasan topik kimia kejuruteraan
Secara keseluruhannya terdapat tiga belas topik sepanjang satu tahun sesi pembelajaran.Sepuluh daripadanya adalah kimia fizikal dan selebihnya adalah kimia organik.
RINGKASAN KURSUS.pptx
Microsoft Power Point Presentation 675.9 KB

Format laporan Chem Buddy Assist

format laporan.docx
Microsoft Word Document 65.0 KB

Anda adalah pengunjung ke :

Website counter